Umur seawal 7 tahun dah pandai membenci, dah pandai berdendam, dah pandai nak membalas dendam (tapi tak boleh), dah pandai memendam rasa bile ada sesuatu yang nak dibalas tapi x kesampaian dan perasaan tu kekal sampai dewasa, orang yang aku benci mase umur 7 tahun tu sampai la sekarang umur 29tahun ni masih sama tetap benci dan tak mau maafkan orang tersebut, benci membuak-buak bila teringat kat orang2 tu. Banyak lagi orang2 yang aku benci dalam hidup aku, orang yang TAK MUNGKIN aku maafkan sampai mati pun ade jugak.
Dalam minggu lepas (kot), sebelum solat maghrib, tak tau la ape yang ade dalam benak hati dan fikiran aku ni, tiba2 rasa sayu je tanpa sebab. Tiap kali dalam doa selepas solatku sering berharap semoga Allah terangkan hati, jadikan aku seorang yang suci hatinya dan sentiasa IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara. Selesai maghirb malam itu, aku berdoa macam biasa, doa dengan doa2 yang biase aku ucapkan, cuma doa kali ni aku tambahkan sedikit lagi, dan bg aku doa yang aku tambah tu cukup memberikan satu kelapangan hati yang selame ini aku rase cam semak je...
Betullah macam Ustaz Fadzilah Kamsah cakap, bila kita memaafkan semua orang dalam hidup kita, kita akan lebih merasa tenang selepas itu, itu la yang aku buat padahal sebelum ni sangat susah untuk aku lakukan. Malam tu dalam doa ku, telah aku maafkan semua orang yang pernah buat salah kat aku selame ni dengan penuh keikhlasan dan tanpa aku sedari air mata aku jatuh, sedih plak bile aku sungguh2 memaafkan orang2 yang pernah buat salah kat aku..
Dulu mase umur aku 7 tahun, aku benci sorg pakcik (dah meninggal dah kot) yang aku panggil pak cik Yaacob, pakcik tu orang yang mengajar aku mengaji mase kat gombak. Kenapa aku benci sangat dengan pak cik yaacob tu? sebab die suke KETOK KEPALE aku bile aku salah mengaji, yang lagi buat aku benci sebab orang lain tak pulak die ketok bile salah mengaji, tapi KENAPA aku kena? mungkin sebab tu la aku LEMBAB mengaji sekarang ni. Sejak itu lah aku benci dan berikrar TAKKAN MAAFkan pak cik tu, sbb die UNFAIR.
Tahun 2009, sorang lagi manusia yang buat aku benci dia sehabis mungkin dan aku TAK MUNGKIN MEMAAFKAN apa yang dia dah buat kat aku, sebab apa yang dia buat tu sangat salah, yang hampir boleh menjadikan aku ni perempuan MURAHAN & takda MARUAH, sejak tu jugak aku berikrar dalam hati, smpi kiamat pun TAK MUNGKIN aku akan maafkan dia, biar dia susah nak mati, aku suka kalau dia terseksa saat menghadapi kematian dek perbuatan dia yang macam Syaitan! tu.. Banyak lagi cerita orang2 yang tak boleh aku maafkan, tapi kalau nak tulis, rasenya sampai tahun depan bace tak habis.. (^_^)
Aku berSYUKUR sangat2 sebab mungkin Allah dah kabulkan doa aku yang selalu memohon agar aku menjadi seorang yang ikhlas, seorang yang bersih & suci hatinya, sebab itu jugak lah aku terbuka hati untuk memaafkan orang2 tu semua, dan hati aku sekarang sangat tenang, takda dendam, takda benci. Aku nak menjadi seorang manusia yang sangat bersih hatinya macam Nabi Muhammad s.a.w, orang buat jahat kat nabi, nabi buat baik juga kat orang yang menganiaya beliau. Mungkin aku x boleh jadi macam tu, sebab aku bukan manusia yang sesempurna Nabi Muhammad s.a.w, tetapi sekurang2 nya aku cuba untuk menjadi yang terbaik dikalangan orang2 yang terbaik.
kita tak tahu apa yang akan jadi esok, jadi kita haruslah sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadari hari esok yang penuh dengan tanda tanya. Aku tak mahu berdendam atau membenci dengan sapa2 pun lepas ni, letih sebenarnya menanam hasrat benci & dendam dalam hati. Harap2 kebersihkan, keikhlasan & kesucian hati aku ni akan berkekalan selama2 nya, aku sangat2 bersyukur kerana apa yang aku hajati terkabul,.....
Cuma sekarang ni aku tak tahu macam mana nak buat untuk aku hilangkan rase CEPAT MARAH & CEPAT NAIK HANGIN ni.. (T_T)
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
6 comments:
i like this! congrates sbb ko dh berjaya memaafkan org2 yg ko benci tue... so far aku sentiasa memaafkan org disekeliling aku waima dia berbuat jahat kpd aku.. even cerita yg ko baca kat blog aku smlm tu pun aku dh maafkan org tu.. cumanya aku terkilan sgt2.. mmg letih duk membenci org nie.. perasaan tak aman & tak tenang. yg buat aku frust lg bilamana org yg aku sangka telah berbaik2 dgn aku dh bersih & ikhlas menyambung silaturrahim yg pnh terputus tp rupa2nya sangkaan aku silap. Depan aku mmg baik tp belakang aku NAUZUBILLAH.. tp walau ape pun aku tetap maafkan dia cuma mungkin sukar bg aku untuk berhadapan & bersemuka dgn org tersebut...
ape2 pun maafkan aku kalo aku ada buat salah silap dgn ko ok :) Fren forever...
syg : tu pesal nabi suh memaafkn org yg pernah buat salah ngn kita..yg penting 'beban' tu dah lepas dan biarlah Allah plak yg blas hukuman tu...
sal : huhu..aku ade baca entry ko smlm..tp x dpt nak komen.ko nye blog setting tu beri aku msalah....hehehe
pise: errrr. problem pe ek? sila la kemukakan problem ko tue:)
aku kne isi form ke nak komen ko sal?ehehe
sal : tu la... sbb sblm ni aku mmg susah giler nk memaafkan org, sbb aku nk org tu terseksa, aku ingat bole buat aku puas hati, rupenye x.. aku pn mmg ade bace blog ko tu.. org yg kite ingat baik salu tikam blkg kite.. huhu..
btol la pise ckp tu.. setting br ko tu mmg agak problem laahh...
pise : itu lah.. harap keikhlasan ni berkekalan...
pise: tak isi pun bole la... tp kalo isi pun pe slhnya.. nnt org yg dtg ke blog aku leh gak baca & singgah2 ke blog ko :)
Post a Comment