Geng bas sekolah (^_^)

Ampun

ade satu cerita.. (yang aku dengar kt IKIM.fm)

pagi tu, seorang ibu telah marah anak perempuannya atas kesalahan yang dilakukan, lalu die pun mengurungkan diri dalam bilik tak keluar2. Tengahari tu si ibu ketuk pintu bilik anak perempuan tu.. "Yan.. ooo Yan.. mak dah masak ni, xmo makan ker? jom lah kite makan, keluar lah...", anak perempuan tu membisu, tak juga die keluar bilik. Bile dah petang, sekali lagi si ibu mengetuk pintu bilik anak perempuannya.. "Yan...!! tak mau makan ker? tak lapar? keluar la makan, mak dah masak tu...", si anak TETAP membisu.. diam jer die duduk dalam bilik, tak keluar2, x cakap ape2, mengurungkan diri jer (mungkin nak tunjuk kemarahan kt mak die la tu)... Siang makin melabuhkan tirai malam pun tiba, si anak tetap tidak keluar2.. lagi sekali si ibu mengetuk pintu bilik anaknya..." Yan.. buka la pintu ni, pegi la makan, dari siang tadi tak makan, tak lapar ker? nanti sakit perut, keluar la kite makan same2... ...... .... .... OK la.. kalau mak salah, mak minta maaf sebab mak marah Yan tadi, keluar lah.. g makan..." (T_T)

Sedih bile dengar cerita ni, anak tu yang salah tapi kenape die xmo mintak maaf kat mak die? sampai mak die sendiri yang terpakse mengaku bersalah sebab risau kt si anak yang dari pagi x makan2. Macam tu jugak lah umpamanya Allah dengan hamba2 nya.. setiap malam Allah menunggu hamba2 nya berdoa dan memohon keampunan kepadanya, tapi Allah sedih bile takde hamba2 nya yang memohon keampunan daripadanya, allah paham kesibukan hamba2 nya, mungkin kite letih nak bangun solat malam2 sebab esok nak keje lagi. Dari malam ke siang, Allah tetap menunggu ade hambanya yang memohon keampunan daripadanya, tapi tetap jugak tiada. kita tiap2 hari buat salah buat dosa dengan allah tapi kenapa susah sangat manusia nak memohon keampunan padanya? pintu taubat allah itu sentiasa terbuka luas untuk hamba-hambanya yang bertaubat.

Allah suka pada hamba nya yang meminta-minta padanya, kerana hanya pada dia yang layak kita minta, mintalah apa saja, nescaya Allah akan kabulkan. Kadang-kadang Allah sengaja lambat kabulkan doa kita, kerana Allah suka mendengar hambanya selalu berdoa memohon padanya, mungkin kalau Allah cepat kabulkan doa kita, mungkin kita akan berhenti berdoa. Tapi bila Allah tidak kabulkan doa kita jangan pulak kita fed-up tak mahu berdoa dah, sebab Allah kan maha mengetahui sedang kita tidak tahu apa yang allah tahu, jadi jangan marah atau bosan nak berdoa lagi.

OK nak bagi satu contoh:
Bila anak minta sumting kat mak & ayah dia, ade sesetengah benda yang bila anak tu mintak mak ayah akan bagi tapi ade juga yang tak bagi, kenape? sebab mak & ayah tu tau mane yang baik & mane yang tidak untuk anak die, bukan semua permintaan anak-anak mak & ayah akan penuhi, mane baik insyallah mereka akan bagi, mana yang x elok untuk anak-anak tu mereka bolayan je lah. camtu la jugak dengan Allah, mane yang Allah rase baik, insyAllah die akan kabulkan, yang PENTING selalulah berdoa & memohon keampunan daripada-Nya



kucing pn reti mintak maaf bile buat salah :P

(^___^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Marky Jaha said...

mnusia akhir zaman..semua akn jadi terbalik...yang benar nmpak salah..yg salah nmpk benar..:)

Unknown said...

insaf!! syuzi... itulah bila ego menguasai diri.. Ibu sentiasa ingat dan ambil berat tentang anaknya tp anak2 sentiasa ego dan mengabaikan ibu mereka...