OK!! i vote for Namawee for this video..!! (~_^) hehehehe
Namewee Vs. Lynas
Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci
Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci | Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya.
Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama.
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an, dikatakan bekerja sebagai seorang pramugari. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?”
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang puan pergi haji ini?”
“Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
“Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.
“Betul ke puan?” tanya saya, terkejut.
“Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.”
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
“Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.”
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung, jaga lah aurat dengan sempurna.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.”
“Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…”
“Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat.
Firman Allah yang bermaksud:
“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” (Asy-Syuura 42:18)
Wallahu’alam….
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Gambar Yang sylo dan jarang kita nampak.. perghhh!!!
Hensem la ustaz Don ni..
Meh kita kenal sikit mengenai ustaz don ye :
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. Ustaz Don (27 tahun) lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Ustaz Don juga mendapat tempat di akhbar tempatan dimana sering dijadikan bahan berita seperti di Bharian dan Hmetro.
Tahap kepopularan beliau semakin meningkat kerana siri tv 30 minit bersama ustaz don di tv al hijrah .
BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Jom kita like page ustaz don!!! TERKEZUTT!!
Facebook Ustaz Don - KLIK SINI
Ustaz Don Cetus Fenomena!
November 7, 2011
Kehadiran stesen televisyen Islamik pertama di Malaysia , TV AlHijrah nampaknya agak lambat diterima oleh para penonton di negara ini.
Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, ini kerana selain daripada agak lewat memasuki salah satu saluran di Astro, kandungannya yang 100 peratus bercorak Islamik pasti sukar menarik perhatian golongan muda.
Namun dari hari ke hari TV AlHijrah berusaha keras untuk membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen penyiaran lain.
Dan akhirnya dengan tanpa disangka, keputusan mereka untuk menampilkan seorang ustaz muda yang bernama Don Danial Don Biyajid, benar-benar telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran tempatan.
Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari
Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai
Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.
Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.
Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini.
"Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah?" - Syahril A. Kadir (mynewshub.my)
Gong Xi Fa Cai
Rasenye sempat lagi nak ucap Happy Chinese New Year untuk semua kaum China di Malaysia ni... (^_^).. cuti raye cine aritu mane je korang jalan2? biase la org2 kt m'sia ni.. pantang cuti laju je nak g jalan2 kan? kan? kan? apepun semoga korang happy dengan percutian korang sume..
Aku nye cuti raye cine ni BEST sangat, sebab 22 January 2012 (ahad) adalah majlis Bertandang belah suami aku kt Bachok - Kelantan. (~_^)
Pastu aku pun stay la kt kampung suami aku untuk 5 hari, best gile... tapi ape yang best sangat tu? yang bestnye sebab aku dah LAME GILE tak rase SUASANA KAMPUNG... al-maklom la aku kan orang bandar kampung takde dah.. kui3 (poyo lak aku kn! hoyyeeeeyyyy!!!! aku dah ade kampung balik!!!! yippieee!! yahoo0o!! yabedabedu!!!) .. tapi memang best la bile dok kampung, kene plak kampung suami tu dekat dengan pantai, terase hangin kuat.. lagi la best! tapi ade gak time yang kekurengan hangin.. kikiki..
Ape lagi yang best?.. hehe.. orang2 kelantan ni jenis, sape2 yang baru kawen dorg akan bawak g berkunjung ke rumah hampir semua sedara-mara kat kampung tu... so tiap rumah yang kami g dorg akan bagi sumting.. ade yang bagi kain ela, kain batik, tuala, comforter... tapi yang paling banyak aku dapat ialah kain ela, cantik2 plak tu kain2 ela tu sume.. agak2 sampai tak aku buat stock untuk 10tahun? hehehe...
OK.. tu je aku nak citer... takde citer sangat skang ni.. sebab otak masih lagi dibuai dengan mood kawen.. kikiki..
kita penyebar FITNAH!!
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
hehe.. tu mukadimah je tu... (^_^).. ape yg aku cube nak sampaikan sebenarnye adelah tentang kite semua ni... OK aku nak tanye.. sape yg TAKDE FACEBOOK? ade? ade? haaa.. tau dah MESTI TAKDE.. kan? kan? kan?... semua orang ade facebook dak? mesti banyak antara korang yang selalu SHARE ape2 kat facebook tu kan? ni nak citer pasal sharing2 ni lah...
sebenarnya korang tau tak ape masalah sharing2 ni? ce teka.. ce teka...(kikikikikiki) .. sebenarnya sharing2 ni bagus KALAU mende yang kita sharing tu adalah bende2 yang BERMANAFAAT untuk semua.. untung2 pahale kite share jgk same2.. kan? kan? sebab kite dah sebarkan ilmu Allah ni.. TETAPI MALANGnye betape banyak yang aku tengok kat facebook tu.. mereka keep on sharing mende2 yang die (orang yang share tu) sendiri tak tau betul atau tidak.. main syok sendri nak share je...
Korang tau tak...melalui internet ni betape banyaknya FITNAH yang dah tersebar & yang dah korang sebarkan?... dan korang tau tak bile korang dok klik share... secare TAK LANGSUNG korang telahpun MENJADI AGENT PENYEBAR FITNAH...?? nauzubillahiminzalik...
Aku dulu pun camtu jugak... men suke2 hati je nak share2 mende yang tah pape.. mende yang aku sendiri pun tak tahu.. tapi saje je syok nak share sebab kononnye itu betul la tu... yang buat aku tersedar tu sebab.. aku pernah share cite fitnah pasal ustaz azhar idrus kt facebook tu lah.. ustaz FAVORITE aku tu.. walaupun ape yang aku share tu sebenarnya adelah PEMBETULAN atau JAWAPAN terhadap FITNAH kat ustaz tu... tapi ade dalam 2-3 makhluk Allah ni tegur aku.. katenye "tak payah la share, even mende tu adelah pembetulan or ape pun... bile awak share.. secare x langsung, awak dah menjadi agent penyebar fitnah tu.. baik delete je..." SENTAP!! aku dibuatnye... tros aku DELETE!! & aku terpikir sekejap, dalam hati aku cakap..." Ya Allah.. selame ni yang aku dah share2 tu... rupenye aku dah jadi penyebar fitnah...?? astagfirullahalazim!!!!" ...... so sejak dari tu... aku TAK PERNAH share ape2 lagi kat facebook tu... ape yang aku share adelah citer yang TAKDE kaitan dengan FITNAH dah.. aku TAKKAN share mende yang sia-sia.. aku HANYE share lawak2, citer sedih2 psl kehidupan ataupun ILMU2 jer, fitnah2 citer psl sape2 ker.. SORRY!! aku takkan share...tp tu pun kalau aku nak share lah... biasenye aku mls nk share2 dah (^_^)
sekarang ni banyak fitnah.. terbaru pasal kes DSAI ni.. pasal NIK AZIZ lah.. pasal ARTIS2... pasal PERHIMPUNAN HARAM... perhimpunan HALAL.. pasal POLITIK...pasal NAJIB.. ape yang dorang share tu pun banyak dari blog2 orang lain, orang tu pulak cakap mengikut pandangan dorang sendiri & for sure die akan condemn pihak yang die tak suke tu, macam2 lah die cakap & korang plak bile pandangan tu same dengan korang.. korang mule la share.
Korang tahu tak dunia akhir zaman ni banyak terjadinya FITNAH? tau sebab ape? KITE lah PUNCA nya... camne tak banyaknya fitnah kalau tak banyak si penyebarnya??... KITE lah... KITE ni... KAU... AKU... MEREKA... SEMUA KITE ni... dan disebabkan kesedaran aku tu jugak... aku dah tak banyak berstatus kat facebook tu, lagi banyak aku update status.. lagi banyaklah mende sia-sia yang aku buat... lebih baik aku banyak DIAM ... (^_^) sebab aku tak mahu hati aku menjadi keras & kering... "dan diantara orang2 yang jauh dari Allah adalah orang2 yang keras hatinya... orang yang keras hatinya adalah orang banyak bercakap perkara yang sia-sia.." jadi peliharalah mulut kita kalau kita nak selalu DEKAT DENGAN ALLAH... macam mana nak jaga mulut kite daripada bercakap perkara yang sia-sia? selalulah BACA SURAH ALAM NASHRAH.. insyallah mulut kita akan terpelihara.... insyallah...!!
salam 2012
Assalamualaikum w.b.
Lame gile x update blog ni... klu bole tgk.. agak2 dh BERHABUK gile blog aku ni.. hihihi.. tp xpe dh lap2 BAEK PUNYE.. so x berabok dah.. kikiki.. wah BLOG ni dh BERTUKAR..? tibe2 jd lain giler... LOST kejap... hikhikhik
ape yg buat aku bz sgt2 tu...? hehehe... yg buat bz sgt sbb.. 1 hal.. tibe2 xde idea nk type blog ni.. 2 hal .. sbb aku bz but persiapan... persiapan? PERSIAPAN KAHWIN (^_^) & alhamdulillah
Majlis pernikahan aku pada 17 december 2011 bersamaan 21 Muharram 1433 & Bersanding plak pada 18 december 2011 bersamaan 22 Muharram 1433 (^_^).... dan majlis belah lelaki plak (bertandang)... haa ni agak jauh ket tersasar .... pada 22 January 2012... haaaa TEROR x aku?? majlis kawen aku smpi 2 tahun tuUuuUuu.. hahaha.. ko mampo??? ekekekeke (gile belagak gagak!) kikiki
Aku bernikah dengan jejaka bernama Mohd Zaharudin Bin Yaacob .. jugak seorang BLOGGER.. tp bukan BLOGGER TEGAR lah ekk.. :P umur die dgn aku x jauh beza.. beza kami SETAHUN jer... walaupun hakikatnye aku suke lelaki yg jauh lebih tua... tp xpe la.. dah JODOH kn? kn? kn? "sesungguhnya Aku (Allah) lebih mengatahui sedang kamu tidak mengetahuinya".... dr ayat or surah mane pn aku dh lupe... cume ingt ayat tu je!! hehe
Kawen ni seronok sgt2!!... tau x kenape? hehe.. sebab.. dulu sblm kawen.. klu jln skali x leh pegang2 tgn.. x leh nk jln dekat2 sgt... klu duduk pn x leh dok rapat2...hihi... bile dh kawen ni.. g tating pn syok jer.. baru HALAL nk pegang tgn.. baru HALAL nk jln dekat2.. baru HALAL nk dok rapat2... heheh TAPI yg x bestnye... bile kene PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh... sangat TAK SUKE ekkk!!.. tp nk buat camne kn? kn? kn? (-_-) ... dlm dok type blog ni pn dok rase RINDUNYE KT SUAMI SAYE TU... (T_T)
btw.. thanks buat my best fren SALMIZA or QueenOfButterfly sbb ade buat entry KHAS utk aku mase aku kawen aritu.. JASAMU DIKENANG SAL... (~_^)